Hyundai Engineering & Construction

Hyundai Engineering and Construction Co., Ltd. KSE: 000720 (singkatan: HDEC) ialah sebuah syarkat pembinaan Korea Selatan. Syarikat ini ditubuhkan oleh Chung Ju-yung pada tahun 1947 sebagai Hyundai Civil Works Company dan merupakan sebahagian dari Hyundai Group. Hyundai Construction dan Hyundai Engineering bergabung secara rasmi pada tahun 1999.[1]Hyundai Construction memainkan peranan penting dalam menghantar tenaga kerja Korea ke Timur Tengah untuk membina sejumlah projek pembinaan di sana pada dekad 1970-an dan 1980-an. Seperti pada tahun 1975, semasa Hyundai menandatangani kontrak pertamanya di wilayah itu untuk membangunkan sebuah pekarangan kapal untuk Tentera Laut Iran di dekat Bandar Abbas. 800.000 warga Korea juga dihantar untuk bekerja di Arab Saudi, sementara 25.000 warga Korea yang lain dihantar ke Iran, di mana Hyundai menjadi tempat kerja bagi sebahagian besar tenaga kerja tersebut.[2][3]Di bawah pengurusan pemiutang, dengan Korea Exchange Bank sebagai pemiutang terbesar, Kumpulan Hyundai dipecah menjadi beberapa syarikat dari tahun 2001 hingga 2006.[4] Sehingga Mac 2007, HDEC menjadi pemegang semua saham Hyundai Merchant Marine, yang merupakan anak syarikat induk de facto Hyundai Group. Hyundai dan Hyundai Motor Group (hasil pecahan lain dari Hyundai Group) pun bersaing ketat untuk membeli HDEC.[4]Pada tahun 2011, Hyundai Motor Group menjadi pemilik Hyundai Eng. & Const.,co.,Ltd, setelah berjay mengalahkan Hyundai Group.